top of page
Search

7 Cara Mengatasi Anak Mengamuk, Hadapi Tantrum Kanak-kanak

  • Writer: shafini ariffin
    shafini ariffin
  • Jul 16, 2019
  • 2 min read

🐄BERTENANG Jika anak mula mengamuk, ibu bapa perlu menunjukkan sikap bertenang. Jangan mudah melenting dan marah. Kalau kita marah, lagi kuat dia menangis. Lagi teruk mengamuk dia.Cuba buat muka relax sahaja. Tentu anak yang mengamuk akan kata dalam hati, ā€œEh, takkan mak aku tak marah pulak niā€. Ini namanya reverse psychology. 🐄CUBA PUJUK Usaha dahulu memujuk dengan cara yang baik. Pegang atau dukung dengan lembut dan mesra. Itu petanda anda sedia untuk bekerjasama dan mendengar segala masalah yang sedang anak hadapi. Korek rahsia, kenapa dia marah. Anak suka bila ada orang beri perhatian. Jika dia mengamuk, itu tandanya mahukan perhatian! 🐄ALIHKAN FOKUS ANAK Kalau kita pergi ke hypermarket, contohnya Giant atau Tesco. Anak sudah tunjuk tanda-tanda yang dia mahukan sesuatu. Kadang-kadang, benda mengarut yang dia nak, kalau kita tak dapat beli akan buatkan dia marah dan sis perlu cepat2 alihkan perhatiannya dan fokuskan pada perkara lain. Lepas tu pujuk dia tapi memang ambil masa dan bawa ke bahagian yang lain dan jangan pula alihkan fokus dengan berikan telefon pintar kita. 🐄SISTEM GANJARAN (REWARD SYSTEM) Jika anak mula mengamuk, berikan dia pilihan, samada dia mahu bersikap baik dan tidak dimarahi anda. Cakap padanya jika dia bersikap baik, anda akan menjanjikan sesuatu seperti menonton televisyen atau membaca bersama. Kalau dia nakkan benda yang dah lama diidamkan, tentu dia akan ikut cakap kita. 🐄BIARKAN SAHAJA! Bila anak nampak lollipop. Dia berkeras untuk dapatkannya. Kalau pujukan tidak menjadi dan terus menghentakkan kaki atau berguling di atas lantai, biarkan dia tapi pastikan keadaan sekelilingnya selamat dari barang2 yang membahayakan. Bila anak penat, dia akan berhenti. Ibu-bapa perlu pantau juga semasa anak berguling! 🐄NASIHAT Anak yang mengamuk tak akan mengamuk sepanjang hari. Dia pasti penat juga. Kita perlu belai dia dan cakap sebab apa yang perbuatan dia tu tadi adalah salah dan dia akan lebih disayangi jika dia bersikap baik dan mendengar kata. 🐄BERSIFAT TEGAS Sekali sekala kita kena bertegas dengan anak. Jika dia mengamuk, cakap kpd mereka, kita akan kurangkan waktu bermainnya. Biar dia belajar bagaimana perasaan marah dan kecewa. Terangkan dengan jelas mengapa tindakan itu anda ambil. Selamat mencuba!

Ā 
Ā 
Ā 

Commentaires


Ā© 2023 by Parenting Blog

Proudly created with Wix.com

  • Google+ - Black Circle
  • Facebook Black Round
  • Twitter Black Round

500 Terry Francois St. San Francisco, CA 94158

info@mysite.com

Tel: 123-456-7890

Fax: 123-456-7890

Join our mailing list

bottom of page