Apakah Makanan Sihat Untuk Ibu Mengandung yang Mereka Perlu Ambil?
- shafini ariffin
- Jul 18, 2019
- 1 min read
Hidangan makanan ibu mengandung harus merangkumi variasi makanan dari 4 kumpulan makanan ni.
1. BUAH dan SAYUR.
Yang terbaik adalah buah segar. Kalau sukar dan lebih suka yang sejuk, dalam tin, buah kering atau dalam jus pun boleh. Asal ibu hamil nak makan. Ambil 5 hidangan buah dan sayur sehari kerana makanan ni kaya vitamin dan serat! Buah epal hijau dan mangga adalah antara buah kegemaran ibu mengandung yang sihat dan sedap!
2. Makanan BERKANJI.
Roti, nasi, pasta dan kentang. Pelbagai menu untuk penuhi selera ibu. Tak lalu? Ambil sekadar yang lalu dan boleh ulang ulang makan. Waktu mengandunglah anda boleh makan tanpa rasa bersalah.
3. Makanan kaya PROTEIN.
Contohnya daging dan ayam tanpa lemak, ikan, telur dan kekacang. Walaupun ibu mengandung sangat digalakkan ambil makan berprotein, kawal makanan makanan yang sangat berminyak dan tinggi kolestrol, paling baik pilih yang kurang LEMAK. Kita tak nak ibu mengandung yang tinggi kolestrol. Bukan saja tidak sihat, malah takut nanti susah nak turun berat selepas melahirkan nanti.
4. Tenusu
Susu, keju dan yogult yang kaya KALSIUM. Penting ibu hamil ambil kalsium demi pembinaan tulang bayi dalam kandungan tu. Gigi bayi pun insyaAllah tumbuh elok dan cantik nanti kalau ibu mengandung mengamalkan
kalsium mencukupi sejak dari awal.

#Kredit :Asmak
Comments