top of page
Search

Kulit Kepala Si Comel Anda Berkerak?👶👶😢

  • Writer: shafini ariffin
    shafini ariffin
  • Jul 31, 2019
  • 2 min read


Kerak kepala kelihatan seperti kondisi kelemumur yang parah. Ia akan timbul sebagai satu kawasan merah atas kulit kepala bayi baru lahir, diselaputi oleh tompok-tompok yang berminyak, kuning dan bersisik. Dalam sedikit masa, sisik-sisik itu mula menanggal dan menjadi senang untuk dihapus buang, seperti kelemumur, tetapi selalunya ada rambut bayi yang terlekat.

Kadangkala kerak kepala boleh menutupi seluruh kulit kepala tetapi ia juga boleh timbul di muka bayi, di keliling ruang lampin, ketiak dan hidung; di tempat-tempat ini ia diberi nama ekzema seborea (dermatitis) bukan kerak kepala Kerak kepala kerap berlaku di kalangan bayi bawah usia lapan bulan, sebab ia lazimnya bermula semasa tiga bulan pertama kehidupan bayi, tetapi boleh berlanjutan untuk beberapa minggu atau bulan lagi. Ia juga boleh berlaku bagi bayi yang lebih tua dan bayi bertatih. Walaupun kondisi itu kelihatan agak buruk, ianya tidaklah gatal dan tidak akan menyebabkan sebarang ketidakselesaaan. Ianya tidak merbahaya dan tidak perlu dibimbangkan. Apa menyebabkan kerak kepala? Adalah disangka ianya akibat hormon yang tertinggal dalam badan bayi anda dari kehamilan. Hormon itu merangsangkan sekresi dari kelenjar yang ada pada kulit kepala, membuatkan sel-sel kulit atas kepala bayi anda melekat ke kulit kepala. Sekresi berkurangan beberapa minggu atau bulan selepas kelahiran, justeru menerangkan bagaimana ia boleh hilang begitu sahaja. Ia juga dikaitkan dengan sejarah kondisi alergi keluarga, seperti ekzema, termasuk masalah dermatitis seborea lain, iaitu kelemumur, di masa dewasa kelak. Bolehkah kerak kepala dirawat? Terdapat beberapa strategi yang anda boleh cuba untuk menanggalkan sisik-sisik itu: Basuh rambut bayi anda secara kerap dengan syampu bayi kemudian tanggalkan kepingan-kepingan kerak dengan menggunakan berus lembut. Bersihkan kerak dikulit kepala si comel anda dengan Sevenis Hair Oil yang diperbuat daripada: • Light Mineral Oil • Tea Tree Oil • Babassu Oil • Virgin Coconut Oil • Castor Oil • Olive Oil • Argan Oil 120 ml sebotol dengan harga mampu milik. #SevenisHairOil #SolusiMasalahRambutDanKulitKepala

 
 
 

Comments


© 2023 by Parenting Blog

Proudly created with Wix.com

  • Google+ - Black Circle
  • Facebook Black Round
  • Twitter Black Round

500 Terry Francois St. San Francisco, CA 94158

info@mysite.com

Tel: 123-456-7890

Fax: 123-456-7890

Join our mailing list

bottom of page